Kisah Pembantu Rumah Indonesia di Malaysia

Kesian aku kat pembantu rumah Indonesia Islam yang terpaksa bekerja dengan majikan di Malaysia, terutamanya dari kalangan bukan Islam. Semalam seorang bekas amah datang bercerita kat aku mengenai nasib malangnya. Walaupun kini dia bukan lagi amah (menurutnya dia lari), kisah lamanya masih segar diingatan.

Dia diambil bekerja oleh majikan Cina yang tidak membenarkannya solat (sembahyang) dan juga disuruh memasak babi. Sambil mengalir air matanya bercerita, sebab dia teringat kata-kata emaknya lebih kurang bermaksud kalau tak cukup makan tak apa, tapi jangan sesekali meninggakan solat....


Ini petikan dari akbar Harian Metro online:

Amah derita ancam bunuh diri
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sepucuk surat kepada adiknya menjadi bukti terhadap penderitaan ditanggung seorang pembantu rumah apabila dia mendakwa didera secara emosi oleh majikannya sejak tiga bulan lalu.

Dia juga akan membunuh diri sekiranya gagal mendapat bantuan daripada adiknya.

Surat empat helai itu dikirim mangsa kepada adiknya itu melalui rakan senegaranya ketika membuang sampah.

Presiden Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa), Dr Jacob George yang mendedahkan perkara itu, berkata mangsa yang dikenali Yati, 28, menulis surat kepada adiknya, Turasia, 25, yang juga pembantu rumah, selepas tidak sanggup dengan layanan majikannya.

“Dalam surat itu, Yati mendakwa majikannya tidak berhati perut kerana memberikan tugasan yang begitu membebankan selain terpaksa menguruskan anak dan tiga keluarga lain majikan yang hidup sebumbung dengannya.

“Dia bukan saja dimarahi, tetapi tidak dibenarkan untuk menghubungi saudara-mara ataupun bebas seperti rakan pembantu rumah yang lain sehingga menganggap dirinya seperti dipenjarakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, Yati yang mendakwa dirinya semakin kurus kerana terpaksa menguruskan keluarga majikannya dan tidak cukup tidur turut mengancam untuk membunuh diri.

“Ancaman itu, menyebabkan adiknya, Turasia tidak henti-henti menangis, sebelum dibawa majikan untuk menemui kakaknya meskipun bertugas di Kuantan. Surat itu dihantar Turasia kepada Cassa pada Jumaat lalu.

“Pada mulanya majikan Yati tidak membenarkan kami bertemunya. Bagaimanapun selepas kami menyatakan hasrat sebenar kedatangan, barulah dia mengizinkan dua beradik itu bertemu dan berbincang masalah dihadapi,” katanya yang turut menerima ancaman daripada bapa mentua majikan Yati pada jam 12.30 pagi, Sabtu lalu.

Beliau berkata, majikan Yati bersedia melepaskan Yati tetapi dengan syarat membayar RM6,000 untuk menanggung kos yang perlu dibayar kepada agensi pekerjaan.

Katanya, Turasia turut membuat laporan di Balai Polis, Kuantan, sebelum kes itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Petaling Jaya untuk siasatan selanjutnya.

“Bertindak daripada aduan diterima, polis ke rumah majikan Yati untuk mengambilnya pada Ahad lalu (semalam) dan dia kini berada dalam kawalan pihak berkuasa.

“Majikannya pula kini disoal siasat. Polis turut gagal mengambil keterangan agensi pekerjaan yang membekalkan Yati,” katanya.

Katanya, sehingga semalam, kira-kira 115 aduan serupa diterima Cassa daripada pekerja asing, terutama pembantu rumah yang mendakwa didera majikan.

“Saya meminta kerajaan menyenaraihitamkan agensi pekerjaan yang didapati tidak bertanggungjawab terhadap pekerja asing kerana mementingkan keuntungan semata-mata berbanding soal kebajikan mereka.

“Tindakan sewajarnya perlu dilakukan, bukan saja kepada majikan yang melakukan penderaan secara fizikal tetapi penderaan secara mental dan emosi seperti dialami Yati,” katanya.

Prosedur Menyewa Rumah

Cara-cara (tata cara) menyewa rumah

Ramai daripada kita sebenarnya lebih senang atau selesa untuk menyewa rumah daripada membeli rumah sendiri. Kalau baru sahaja bekerja tu, tentunya duit masih belum cukup untuk membeli rumah, kecualilah anak orang kaya atau kahwin dengan orang kaya :-)

Sebelum menyewa rumah, buat survey dulu. Terpulanglah kepada individu masing-masing, mengikut cita rasa masing-masing. Contohnya kalau tak ada kenderaan sendiri, pastikan rumah tu dekat dengan stesen bas, LRT, dsb..

Kebanyakan tuan rumah sekarang ni meletakkan tanggungjawab mencari tenant (penyewa) kepada agen. Ini secara tidak langsung akan menambah kos (perkhidmatan). Antara bayaran yang selalunya perlu anda sediakan sebelum menyewa rumah adalah:
  • deposit 2 bulan sewa. Contohnya sewa RM 450.00 sebulan. Anda perlu membayar deposit RM 900.00. Deposit ini boleh anda dapat semula bila anda keluar rumah nanti dengan syarat anda mengikut cara-caranya sebelum berbuat demikian. [RM 900.00]
  • bayaran sewa sebulan. [RM 450.00]
  • deposit api /air (utility deposit), selalunya setengah bulan sewa (lebih kurang). [RM 225.00]
  • bayaran kepada agen untuk servisnya. Ini bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk tawar menawar. Servis di sini termasuklah setem duti dan juga perjalanannya. Sediakan antara RM 100.00 hingga RM 200.00 untuk tujuan ini. [RM 150.00]
Untuk contoh di atas, jumlah perbelanjaan hadapan (upfront) yang perlu anda sediakan untuk menyewa rumah dengan sewa sebulan RM 450.00 ialah RM 900+450+225+150 = RM 1,725.00.

Pastikan anda menyimpan semua dokumen perjanjian dsb di tempat yang selamat, manalah tahu kalau ada apa-apa perbalahan kelak.

Jangan lupa untuk membaca dengan terperinci perjanjian sewa rumah tersebut supaya anda tidak terinanya. Selalunya perjanjian yang telah disediakan oleh agen adalah perjanjian standard yang digunapakai oleh semua orang.