Kena Tipu dengan Faratech?

Pernahkah anda mendengar syarikat Faratech, sebuah syarikat yang berasaskan IT?

Ini cerita beberapa orang kawan saya yang dah kena tipu??? oleh syarikat ini. Mungkin tak 100% betul kalau saya kata kena tipu, tapi itulah terms yang sesuai untuk menerangkan masalah ini. Kawan saya tu berhutang dengan saya RM 100+ pun tak boleh nak bayar balik kat saya.. Agaknya semua duitnya dah dimasukkan ke program ni.

Syarikat ni kononnya nak menolong orang-orang Melayu berniaga dalam bidang IT. Siap buat program bersama-sama dengan Dewan Perniagaan Melayu dan juga Mara. Tapi awas, sekali anda membeli produknya, anda mungkin hanya dibiarkan terkontang-kanting sendirian.

Syarikat ini menjadi pengedar untuk barangan TMNET seperti Streamyx dan juga Bluehyppo. Streamyx tu mungkin la boleh dijual, tapi sapa sebenarnya nak beli Bluehyppo? Menurut seorang kawan yang pernah bertugas di TMNET, dia pernah pergi ke sebuah rumah pelanggan Faratech di Johor dan pelanggan tersebut menunjukkannya almarinya yang penuh dengan set Bluehyppo yang tidak boleh terjual.....

Antara yang perlu anda teliti:
  • Perlukah modal RM 26,000 untuk menjadi agen TMNET dengan Faratech sedangkan kawan saya kata tak perlu. Boleh terus pergi daftar dengan TMNET..
  • Penerangan Faratech seolah-olah dia agen tunggal, siap tunjuk gambar dengan Mara...
Sekiranya anda tidak boleh committed 100% sepenuh masa, JANGAN sertai Faratech..


Dari laman web www.faratech.com.my

FaraTech (M) Sdn Bhd (FaraTech) was established on 22nd August 1997 and it started humbly as a business research and development company. Today, FaraTech is an outstanding company in the national arena involved in the business of multimedia and ICT based products. It provides Internet solutions, training for corporations and government organizations and strategic marketing consultancy for distribution programmes.

FaraTech is committed to continually introduce unique distribution solutions developed through proprietary initiatives, joint ventures or strategic alliances, which create revenue-generating opportunities for its clients. Therefore, FaraTech has accomplished prominent partnerships with leading organizations as TM Net Sdn Bhd, Majlis Amanah Rakyat, Commerce Dot Com Sdn Bhd, PT Indosat Tbk and many more.

FaraTech’s adventurous directors travel to tens of countries seeking new knowledge, identifying new business concepts and enhancing their corporate network internationally. In the year 2004, FaraTech’s network grew solid enough to start its operations overseas through its associate company PT Jakarta Digital Cipta. Soon, FaraTech will venture into more countries to expand its wings into the vast worldwide market.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home