Pelbagai Ucapan Hari Raya

My personal favourite:
Bagai malam tanpa bulan
Bagai siang tanpa mentari
Sayu hati meninggalkan Ramadan
Entahkan dapat bersua lagi
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
Mohon ampun atas tiap keterlanjuran bahasa dan perbuatan
Kawan dari KL



Pelita diletak di atas para
Hendak dinyalakn di tepi perigi
SMS dihantar pengganti kad raya
Tanda ingatan di AIDILFITRI
Maaf zahir batin
Adik angkat dari Melaka


Jika tangan tak sempat berjabat
Jua kata tak sempat terucap
Kerna wajah tak sempat bertatap
Tapi masih dapat melahirkan kata-kata keramat
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"
Kawan dari Perlis


Biar renggang di fana dunia
Biar hina di mata manusia
Biar semangat semakin tua
Biar akal semakin dewasa
Biar manusia mengejar dunia
Biar tinta lapuk dek masa
Biar suratan menentu usia
Namun
Tidak tergadai silaturrahim kita
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"
Kawan dari KL


Di dalam kerendahan hari
Ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta
Ada kekayaan jiwa
Dalam gurau senda
Ada khilaf dan dosa
Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah
Jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap lupakanlah
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"
Kawan dari UPM


Seiring aluan Takbir, Tahlil dan Tahmid menyambut 1 Syawal 1428H
Dari lubuk hati kami sekeluarga mohon dibukakan pintu maaf lahir batin
Semoga Allah menerima amal ibadah kita dan mengumpulkan kita dalam kebaikan
Kawan dari Terengganu


Selamat dalam redhaNya
Sejahtera dalam ampunNya
Bahagia dalam rahmatNya
Semoga segala dosa kita terampun hendaknya
Kawan dari Selangor


Ada kalanya...
Mata tersilap memandang
Telinga tersalah mendengar
Lidah terlanjur berkata
Fikiran terkhilaf mentafsir
Hati tersalah menduga
10 jari disusun memohon kemaafan untuk segalanya
Salam Aidilfitri Tulus Ikhlas
Kawan dari Negeri Sembilan


Ramadan berlalu semoga perginya kita beroleh rahmat, keampunan dan kebebasan dari api neraka
Serta memperoleh ketaqwaan juga keredhaan Allah
Selamat menyambut Aidilfitri
Mohon maaf zahir dan batin
Kawan dari Melaka


Setitik embun di pohon rimbun
Di atap nipah air tergenang
Dosa tertimbun mohon diampun
Sila dan salah jangan dikenang
Salam Aidlifitri Maaf Zahir Zahir dan Batin
Kawan dari Shah Alam


Jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih
Ada awal tiada penghujung
Dibentuk untuk mengingatiNya
Dicantum kerana cintaNya
Diratib semata-mata kerana redhaNya
Menitis air mata tika merasai kemanisanNya
Semoga jalinan ini kekal dan dirahmati Allah.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin
Kawan dari Selangor


Ramadan dilalui penuh kesabaran
Syawal kini menjelang semula
Selamat menyambut hari lebaran
Dari saya dan keluarga
Maaf Zahir Batin
Kawan dari Selangor

0 Comments:

Post a Comment

<< Home