Melayu dan Cina (utk pengajaran)

siti aisyah <sitishah83@yahoo.com> wrote:

assalamualaikum dan salam sejahtera.

rasa terpanggil nak mencelah isu peniaga orang kita ni sbb baru tadi kwn sekerja dapat pengalaman buruk berurusan dengan kedai melayu di alamanda putrajaya.

kawan sy tempah contact lens warna grey mggu lepas. smalam kami pergi kedai tu sebelah kanan aja yg available. lepas tu harini kami pergi lagi igt2 kn yg sebelah kiri dh available tp rupanya belum. in fact, org kedai yg berbangsa melayu tu ckp tak ada. tak kn kwn sy nk pkai sebelah aje contact lens dia? apa lagi kwn sy pn meradang jgklah smpai tinggi suara. sy menyaksikan mcm mana kwn sy dilayan dr luar kedai.

lelaki melayu di kaunter tu mmg berlagak, sombong, muka kerek. kwn sy gertak ckp this is the last time dia beli kt kedai tu. org tu pn jwb ala sy x heran klau lps ni awk x nk beli kt sni lagi. heiiii, apa jenis peniaga mcm ni? kurang ajar, bodohnye. mcm2 lagi peniaga tu bersama2 pkerja2 lain di kedai melayu tu maki kwn sy. klau peniaga cina dia akan usaha beli dr kedai lain klau barang yg customer nk tu xde di kedai dia.

sy pkai contact lens jgk. tp sy pkai yg special sbb mata sy rabun silau. sy tempah khas di kotaraya. ada 1 kedai cina kesukaan sy sbb layanan yg profesional dan harga berpatutan. sy puas hati sgt beli dr peniaga cina tu. mmg kesal sbb xdpt tolong org melayu tp kedai melayu slalu hampeh. kita punyalah ikhlas nk tolong majukan perniagaan diorg tp diorg yg xmau tolong diri sendiri.

tp x semestinya peniaga cina bagus, melayu hampeh. pd pendapat sy melayu, cina sama sj. x kira apa pkerjaan kita skalipun, klau kita x ikhlas mmg pelanggan atau org yg berurusan dgn kita dpt servis yg tahapahapa. ada jgk beberapa kdai cina yg sy pegi layanan teruk dan x ada jgk kdai melayu yg bagus. pokok pangkalnya smua terpulang pd hati budi org2 itu sendiri.

tak kira pkerja swasta atau kerajaan sama jugak. perlu ikhlaskn hati dalam bekerja sehari-harian. barulah berkat dan org2 yg berurusan dgn kita rasa dihargai. yang penting smua org ada perasaan dan hati.

apapun sy takkan masuk lagi kedai menara optometry alamanda putrajaya. they need to learn more how to treat customer appropriately in a proper manner.


mastura ab ghaffor <masturax@yahoo.com> wrote:


Salam untuk semua,

Semalam saya bercuti kerja & pergi shopping. Sangat nyata layanan orang/pekerja Melayu sangat buruk dan tidak profesional. Disenaraikan insident yang di alami setakat sehari sahaja-semalam 13 November 2007!

1) Masuk kedai jamu nak beli set lepas bersalin. Pekerjanya langsung tak menegur, baca majalah artis! aku nampak set pilihan hati,
tapi saje buat tanya dimana barang tu, pekerja tu boleh cakap kat atas rak-no 3 dari tepi. Aku pun pandang le kaki pekerja tu, ingatkan tempang ke? Tak bangun pun tunjukkan. Sepatah tanya khasiat & quantity sepatah dijawab...masih duduk lagi!!
Aku tanya lagi brand lain ade tak? dia tunjuk saja, dan tak sambung promosi pun! Aku kesian betul dengan budak melayu yang tak besemangat macam tu. Memang hampeh!!! Aku berlalu dengan rasa sakit hati melihat anak bangsa begitu...

2) Nak daftar ASTRO pulak. Ade 2 pekerja muda pakai T shirt ASTRO - satu melayu & satu Cina. Anak cina tu layan & promote baik punya, si melayu senyum2, tunduk malu aje. Aku kemudian jalan lagi sbb nak fikir dulu & beri sale kat budak melayu tu. Kali kedua aku sampai di situ, budak melayu tu sedang berborak sakan dengan sorang perempuan- aku rasa kawan dia, bukan customer pun...cakap hal2 lepas sekolah, universiti sana sini. Kesimpulan kerja budak melayu tu tak serious pun, main2. entahla bole maju tak masa depannya.....Tak tau la kalau setakat kerja nak isi masa- dah kaya sangat kot...

3) Pergi pejabat pos untuk buat kiriman barang. 2 Pekerja pos tu berborak2 depan aku pasal buat kuih raya??? Tak boleh ke mereka ni berhenti borak sekejap!! pada pandangan aku sudah cukup biadap sikap mereka ni.

Aku sebenarnya pernah bekerja dengan 2 syarikat besar Cina malaysia, bukan nak menangkan sangat mereka, tapi secara adilnya mereka memang layak dipuji bila tiba bab kerja ni....itulah semangat yang aku belajar & ajar pada anak2ku. Sekian......


rom zaizul42@yahoo.com

nak mencelah sikit..

saya pun setuju dengan puan mastura..

cina kalau bekerja.. kita boleh cakap dia tak makan gaji buta.. melayu kalau bekerja... kita boleh cakap.. mcm makan gaji buta.. bukan nak hina bangsa sendiri.. tp itu yg saya alami.. saya rasa.. saya sbenarnyer kesian dengan bangsa kita sendiri.. memang kesian.. kita bukan nak suruh ikut cara hidup cina.. kita cume ambil cara cina bekerja sebagai panduan..

contoh lah. dulu saya berkerja dgn company melayu tapi ditadbir oleh orang cina dekat 10 tahun.. kalau boss suruh buat kerja dan task itu mesti disiapkan dlm masa 3 hari... keluar saja dari bilik boss, staff akan terus fikirkan macam mana nak siap kan kerja dan kalau tak ada kerja yg urgent dia akan terus buat kerja yang disuruh.. dan kerja akan siap dlm masa 2 hari ataupun sehari setengah. kerja memang systematic. tak de tangguhan.

sekarang saya berkerja dengan company yang seratus peratus.. dari management sampai lah ke tukang sapu semua melayu.. masyaallah.. tak sistematik nya... saya ada orang bawahan. jadi bila kita minta dibuat sesuatu atau nak tukar system baru.... terlalu banyak sangat alasan.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. bila di suruh buat satu task, bukan diorang fikir mcm mana nak selesaikan task tu.. diorang akan buat tak tau sampai boss yang akan dtg ke tempat org bawahan tu dan tanya.. bila nak start buat.. sabar betul dgn perangai orang macam ni. bila buat bukan focus.. sekejap2 hilang.. pegi mana? bergayut telefon.. tak pun pegi minum.. pegi merokok lepak2.. jadinya kerja yg sehari boleh siap.. jadi 3 hari.. kerja yang dlm sebulan boleh siap .. jadinya dua tahun pon tak siap...
seboleh boleh nak buat overtime.. ini sudah tidak betul.. kalau benda boleh disiapkan awal tak perlu lah nak overtime.. apa lah nak balik lambat2.. serabut kepala saya.

mesti ada yang melenting.. suruh saya kerja ngan cina balik.. bukan begitu niat saya.. saya nak bekerja dengan company melayu sebab saya nak salurkan kemahiran saya pada company bangsa saya.. nak bagi maju lagi.. tak mau dah orang cakap itu ini pada bangsa saya.. tapinya itulah.. susah nak change mind set. bagi saya kalau tak mahu undang2/ hidup/kerja yang bersystem.. duduk lah di hutan..


from eilahcci@yahoo.com

saya pun nak mencelah jugak r...tak pernah2 masuk forum bincang2 nie..hehehe

yup, thats rite..memang org cina boleh dipuji kalau bab2 keja. Diorang memang tak buang masa waktu kerja. Saya bekerja dengan company cina dulu, kerja memang nak cepat aje...dalam ofis tu tak adanyer nak jalan lenggang lenggok...,berlari je...nk p ambik file situ..sini...berlari je..tapi saya suka..saya terikut sama dengan pekerja cina. Saya berlari-lari ke satu2 tempat dalam ofis tu. After 2 years kat situ, saya masuk plak company Melayu, terikut2 ler saya punya cara kat opis lama (company cina)..saya berlari ke situ..ke sini..adaler sorang pekerja melayu tu tegur saya, saya asyik berlari je...so i juz answer her yang saya memang kerja macam ni ler, terikut tempat kerja lama. Saya story kat dia cara orang cina bekerja, dia pun terikut ler sama dengan cara saya...hehhehe..asyik kejar masa je.Sekarang saya masuk syarikat melayu kat negeri asal saya, ermmmm...susah r skit kat sini, memang nk speaking tu susah r, dio org pandang semacam je biler saya cakap london sikit je...saya dah biasa dgn suasana bekerja dengan cepat, cakap plk campur2 melayu ngan org putih...saya cuba terapkan pengalaman sy bekerja kepada pekerja2 kat sini, tapi memang melayu susah nak terima pembaharuan. Ermmm, saya tetap sama...berlari dlm opis untuk siapkan kerja yang diberi...hikhikhik... Lagi yang saya nampak kalau pergi ke restoran melayu, ermmm pelayan2 nyer slow r buat kerja...biler sy ckp nk jumpa pengurus, baruler dioorg layan saya mcm VIP class..biler ler melayu nk maju kalau macam nie. Sy pun bangsa melayu, tapi ntahler....


from haris_fadzlah@yahoo.com

Salam sahabat semua,

Dah lama juga sy tak hantar posting sebab sibuk sangat dan selalu keluar kawasan, alhamdulillah sejak guna gsm celcom nih dah boleh baca email kat mana, bolehlah nak baca email dalam perjalanan jika tukar pemandu atau berenti kat r n r ...hehehe

Sy juga ingin berkongsi pengalaman mengenai sikap dan budaya nih kerana daripada pengalaman saya sebagai majikan..... dan mempunyai perniagaan sendiri.

Hampir 100% partner dan pekerja saya adalah orang melayu.... saya x kata semuanya seperti yang telah dibincangkan ada juga yang bagus.. ttp banyak lagi yang tak bagus...masa temuduga semua boleh, bila dah kerja byk yg x boleh dari yang boleh.... sehingga terpaksa kekadang kita terpaksa buat dulu tunjuk kat dia yang perkara itu boleh dibuat. Yang paling teruk lagi suka buat gosip itu ini. Pasal kita majikan memanglah jadi topik utama setiap bulan, gaji diberi awal pun salah diberi lewat pun salah dan mesti jadi isu. Gaji diberi cepat, majikan disalahkan sebab duit dia cepat habis, bila beri lewat dikatakan kita x perihatin kepada pekerja, dan mereka nih kene layan macam anak kat rumah, jika minta duit kene bagi, bagi runcit2 sebab dia orang suka macam tu.. bila cukup bulan gaji dapat sikit... muka dah x happy, lepas tu mulalah buat perangai sebab kepala dok serabut gaji x cukup nak bayar sewa rumah, kereta dan macam2.

Kita majikan pakai proton je sebab jimat lagipun nak buat keje, kalu selalu rosak kita boleh tukar lain atau repair kat mana-mana sebab alat ganti mudah dapat. Dia orang beli kereta, kalah kereta kita... itu kita x kisahlah, ttp lepas tu menyusahkan kita selalu x datang kerja kerana alasan kereta rosak dan x der alat ganti.... lepas tu kita jadi mangsa, sebab dia x datang kerja dan klu kita marah dia boleh blah macam tu je dan cari keje tempat lain.

Yang paling menyedihkan saya, mereka nih kalu bekerja dengan bangsa lain ok pulak malah bangga kalu bekeja dengan kompeni cina / mat saleh tak kisahlah klu keje tukang sapupun, bangga habis.... tp bila keje ngan kompeni bangsa sendiri hampeh.

Saya sebelum meniaga saya keje ngan jaya jusco, masa tu semua pengurusan kanan semuanya jepun.... saya keje ngan dia orang, memang seronok, tak ada yang x boleh, mesti boleh punya, klu tak boleh senior management akan buka baju dan dia buat dulu, kemudian dia suruh kita buat... jadi x ada alasan klu kita nak kata tak boleh (sikap nih sy bawa kat dalam perniagaan saya) dan satu lagi klu meeting dia orang tak pernah bagi waktu meeting waktu tepat, mesti dia bagi waktu ganjil, contoh kul 8.17, 10.31. Mula tu saya pening juga kenapalah senior saya buat meting masa macam tu... salah taip ke... sy ty ngan senior saya, dia kata klu kita letak waktu tepat macam 8.30 ke 10.30 ke orang x kan hormati masa tu, tapi bila kita letak ganjil saya yang dapat surat tu akan memberi perhatian kepada waktu yang ganjil tu, jadi x ada alasan untuk datang lewat. Yang bestnya, siapa yang datang lewat, biarpun dia baru ucap selamat pagi... dia suruh duduk kat luar, tak bagi masuk meeting punya.... lepas tu pandai-pandailah cari sumber agar x terlepas mendapat maklumat tu... padan muka ..

Ramai dah sy interview bakal-bakal pekerja saya.... dari 10 yang datang nak cari sorang pun susah....

Bila datang interview, kita saja nak duga... nak tengok sikap dia... memang hampeh... terutama graduan bukan main sombong.... macamlah diploma/ijazah dia tu boleh bungkus dia waktu dia mati esok... sebab tu saya lebih rela ambil kakitangan yang ada spm / pmr pun bagus.... sebab mereka nih lebih menghormati pekerjaan yang mereka buat.... saya rela lebih baik saya keluarkan belanja hantar mereka dengan pelbagai kursus sebab mereka akan lebih menghargai apa yang syarikat berikan... berbanding graduan sebab mereka ingat mereka dah cukup bagus.

Bila sy interview graduan... sy acah je, sy ty, sy tawarkan gaji RM 600.00 kepada awak. Dia terus je jawab, 600 mana cukup, duit tambang datang sini, nak makan, nak bagi emak, nak bayar duit kete dan macam2 lagi.

Orang yang macam nih, awal-awal lagi saya suruh dia keluar.... buang masa jer.

Berbanding jika orang yang benar-benar yang memang nak bekerja.... dia tak ty berapa sy nak bayar gaji dia... dia akan kata encik tengok dulu saya bekerja, jika encik berpuas hati... encik bayarlah berpandukan kepada prestasi saya...... orang macam nih sy 90% dalam senarai pemilihan saya. Dan saya ambil orang yang bersikap macam nih, biarpun dia x der kelulusan seperti yang saya mahukan.... tp saya boleh develop orang macam nih.... berbanding graduan (bukan semua).

Banyak juga pengalaman saya berhadapan ngan orang melayu nih... nantilah bila saya terluang lagi saya akan poskan pengalaman2 lain....

Terima kasih kepada semua sahabat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home