Perlukah Training?
Sebagai seorang pekerja, sama ada bekerja sendiri atau bekerja dengan orang lain, tentulah kita ingin memperbaiki diri kita sendiri.
Banyak syarikat di Malaysia ni yang menawarkan perkhidmatan "training" ni. Contohnya, untuk yang bekerja sendiri, penting untuk anda mempertingkatkan pengetahuan di dalam CASH FLOW, HANDLING ACCOUNTS, dan sebagainya.
Saya sendiri pernah menghadiri kursus-kursus seperti ini. Bagaimanapun, satu yang saya masih terkilan sehingga kini ialah bila menghadiri kursus HANDLING FULL SET OF ACCOUNTS yang dikendalikan oleh HEADWAY TRAINING & DEVELOPMENT CENTER.
Penceramah berjanji untuk mengemail saya beberapa dokumen penting yang berkaitan dengan ceramahnya. Walaupun saya telah memperingatkannya melalui email, sehingga kini saya masih belum menerimanya.. Training yang telah saya hadiri tu telah lama juga - Oktober, 2003 di Sheraton Hotel, Subang Jaya.
Sekiranya anda ingin menghadiri kursus-kursus seperti ini, periksa dahulu kredibiliti syarikat terbabit dan dapatkan komen dari kawan-kawan yang pernah menghadirinya. Sekiranya tidak duit beratus ringgit yang dibelanjakan mungkin tidak memberikan sebarang faedah pun...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home