Prosedur Menyewa Rumah

Cara-cara (tata cara) menyewa rumah

Ramai daripada kita sebenarnya lebih senang atau selesa untuk menyewa rumah daripada membeli rumah sendiri. Kalau baru sahaja bekerja tu, tentunya duit masih belum cukup untuk membeli rumah, kecualilah anak orang kaya atau kahwin dengan orang kaya :-)

Sebelum menyewa rumah, buat survey dulu. Terpulanglah kepada individu masing-masing, mengikut cita rasa masing-masing. Contohnya kalau tak ada kenderaan sendiri, pastikan rumah tu dekat dengan stesen bas, LRT, dsb..

Kebanyakan tuan rumah sekarang ni meletakkan tanggungjawab mencari tenant (penyewa) kepada agen. Ini secara tidak langsung akan menambah kos (perkhidmatan). Antara bayaran yang selalunya perlu anda sediakan sebelum menyewa rumah adalah:
  • deposit 2 bulan sewa. Contohnya sewa RM 450.00 sebulan. Anda perlu membayar deposit RM 900.00. Deposit ini boleh anda dapat semula bila anda keluar rumah nanti dengan syarat anda mengikut cara-caranya sebelum berbuat demikian. [RM 900.00]
  • bayaran sewa sebulan. [RM 450.00]
  • deposit api /air (utility deposit), selalunya setengah bulan sewa (lebih kurang). [RM 225.00]
  • bayaran kepada agen untuk servisnya. Ini bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk tawar menawar. Servis di sini termasuklah setem duti dan juga perjalanannya. Sediakan antara RM 100.00 hingga RM 200.00 untuk tujuan ini. [RM 150.00]
Untuk contoh di atas, jumlah perbelanjaan hadapan (upfront) yang perlu anda sediakan untuk menyewa rumah dengan sewa sebulan RM 450.00 ialah RM 900+450+225+150 = RM 1,725.00.

Pastikan anda menyimpan semua dokumen perjanjian dsb di tempat yang selamat, manalah tahu kalau ada apa-apa perbalahan kelak.

Jangan lupa untuk membaca dengan terperinci perjanjian sewa rumah tersebut supaya anda tidak terinanya. Selalunya perjanjian yang telah disediakan oleh agen adalah perjanjian standard yang digunapakai oleh semua orang.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saya pernah ditipu?? oleh agen rumah
sewa ni.

Pada mulanya saya telah bersetuju untuk menyewa sebuah rumah di Bandar Putra Permai Seri Kembangan. Rumah tersebut milik seorang Melayu dan jiran sebelah pun Melayu.

Tup-tup, bila nak confirm je, agen tu kata rumah tu tuan punya rumah nak masuk dan dia sarankan saya rumah lain - empunyanya seorang Cina...

Bila saya buat sedikit pemeriksaan saya dapati tuan punya rumah Cina tu tidakpun mewakilkan kepada agen ini.. Pasal rumah Melayu tu tak pasti lah saya, betul ke tak seperti kata agen tu, sebab semuanya pun last minute.

Kalau boleh, cuba cari empunya rumah dulu. Kalau tak dapat menghubunginya, barulah berurusan dengan agen.

Agen tersebut juga beriya-iya mengatakan sewa rumah tu RM XXX dan tuan punya rumah tidak mahu kurangkan, sedangkan pada awalnya dia sendiri tidak mewakili tuan rumah tersebut... Saya rasa dia tak nak bagi kurang sikit pun kerana komisyen nya juga bergantung kepada sewa...

Berhati-hati dengan agen ini: NICK..

Sunday, December 25, 2005 1:57:00 AM  
Blogger Unknown said...

sy de mslh rumah sewa.sy student yg mnyewa rumah dkt ngn u tp dlm mse trdkt sy dh kluar dr rumah sewa prtengahan bln 4.sy byr sewa swktu mula msok 2+1.sbuln sewa 158.sewa bln 4 pn sy dh byr.n mse sy kluar dr umh sewa dh de penggnti yg akn dduk situ dlm hujung bln 4.tp yg peliknye npe tuan rumah ckp deposit sy burn,sbb sy kluar.sy nk pstikn,btol ke sy lyk dpt balik duit deposit+bln akhir tu???

Monday, April 28, 2014 12:38:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Slalunya kalau nak kluar dr sewa rumh misti bg notis 2 bulan sebab deposit 2 bulan..kalau keluar tanpa notis..of coz la burn deposit tu.standar rules.k

Wednesday, April 30, 2014 11:49:00 AM  
Blogger Unknown said...

sy dh gthu sbuln awl tp xbuat secara bertulis.xbole ke bg notis sbuln je??

Wednesday, April 30, 2014 11:55:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

normally as long as kite ade pengganti kita layak dapat deposit balik..tak semestinya kena notis awal

Monday, February 16, 2015 12:12:00 AM  

Post a Comment

<< Home